SILA KLIK IKLAN INI

Friday, September 30, 2011

Permata baru TRW

Mohammad Ab Aziz Ismail memukau peminat Wira Merah


Oleh: DjZuweaTRWFM
mugenzonan2011@gmail.com


Mohammad Ab Aziz Ismail (Foto:Shazli Photography)

KOTA BHARU: Jarang diturunkan ketika saingan Liga Super namun nama Mohammad Ab Aziz Ismail atau Ma Mat menggunakan peluang ketika Zairul Fitri dibelenggu kecederaan sebaik mungkin untuk meletakkan beliau antara bek kiri yang terbaik di Malaysia. Siapa sangka ketika saingan Piala Malaysia, Ma Mat memberikan satu persembahan yang tidak dapat disangkal lagi dan boleh dikatakan antara pemain yang konsisten sepanjang saingan Kumpulan C Piala Malaysia 2011.

Rata-rata peminat Wira merah memuji corak pertahanan Ma Mat ketika 'Man marking' dan kesungguhan untuk merampas bola di kaki pihak lawan cukup memukau dan larian pantas ketika membantu jentera serangan memberikan kelebihan tatkala Zairul Fitri masih dalam kecederaan. Wujud satu persaingan sihat antara kedua bek kiri dalam perebutan tempat untuk kesebelasan utama pasukan Wira Merah selepas ini.
Walaupun umum diakui sebelum ini Ma Mat juga yang pernah menyarung jersi pasukan KL PLUS hanya memanaskan bangku simpanan namun peluang yang ada telah digunakan dengan sebaik mungkin untuk membuatkan nama beliau meniti dibibir peminat Red Warriors.

Kejutan terbesar adalah apabila nama Ma Mat diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam senarai 33 pemain bagi mengikuti latihan pasukan bola sepak kebangsaan bawah 23 tahun sebagai persediaan Sukan Sea 2011 Indonesia. Ma Mat akan menyertai Khairul Fahmi Che Mat dan Izuan Solahudin yang akan melaporkan diri kepada Ketua Jurulatih, Ong Kim Swee. Kami di TRWFM dan seluruh penyokong The Red Warriors berasa amat bangga apabila seorang lagi anak muda Kelantan di pilih untuk ke peringkat antarabangsa.

Untuk Mohammad Ab Aziz Ismail, Khairul Fahmi Che Mat dan Izuan Solahudin, kami di TRWFM mengucapkan selamat maju jaya dan tidak kira di mana sahaja anda berada percaya kepada diri sendiri kerana anda adalah anak Kelantan "BAKO OGHE BERANI" dan "SEMANGAT TOK JANGGUT MENGALIR DALAM JIWA DAN RAGA". Gomo Kelate Gomo.

2 comments: