SILA KLIK IKLAN INI

Tuesday, October 18, 2011

Datuk M Karathu One of The Best

design by: Tengku Chan
KOTA BHARU - Tanggal 26 Januari 2011, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan secara ekslusif di rancangan Formasi perlantikan Datuk M. Karathu sebagai pengganti B. Sathianathan sebagai pengendali baru pasukan The Red Warriors. Selang beberapa hari selepas itu tanpa di duga sentuhan Datuk M.Karathu selepas meninggalkan Kelantan 18 tahun yang lalu, membawa trofi Piala Sumbangsih yang pertama ke Negeri Cik Siti Wan Kembang. Seumpama bermimpi kerana kejayaan manis menjulang Piala Sumbangsih apabila menewaskan Red Giants di Stadium Shah Alam.

Wednesday, October 12, 2011

Kijang Terluka Tapi Awas Amukannya

Aksi tegang di SSINS, Kuala Terengganu
KOTA BHARU - Pertembungan 'East Coast Derby' di antara Terengganu dan Kelantan sememangnya sejak dari dahulu lagi akan berlangsung dalam suasana yang tegang. Tambah pula pada tahun ini kedua-dua pasukan merupakan finalist Piala FA dan permusuhan berterusan dalam saingan Piala Malaysia di peringkat Suku Akhir. Namun perlawanan yang sepatutnya berlangsung atas dasar semangat kesukanan bertukar menjadi medan yang penuh emosi berikutan beberapa insiden yang tidak diingini berlaku. Sudah pastinya skuad Kijang yang lebih dikenali sebagai Red Warriors terpaksa menerima tamparan hebat berikutan beberapa pemain tonggak tidak dapat beraksi pada perlawanan kedua Suku Akhir Piala Malaysia di SSMIV, Kota Bharu jumaat ini.

Friday, October 7, 2011

TRWFM-STATION Cecah 10 ribu Pengunjung

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana TRWFM-STATION berjaya mencapai 10 ribu pelawat walaupun baru sebulan dilancarkan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pengunjung yang mengunjungi blog ini. Walaupun terdapat kekurangan namun penambahbaikan akan tetap dilaksanakan. TRWFM-STATION juga memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya siaran tergendala tatkala siaran berlangsung kerana buat masa ini kita masih lagi bergantung kepada 'provider' pihak ketiga untuk link siaran langsung.