SILA KLIK IKLAN INI

Tuesday, October 18, 2011

Datuk M Karathu One of The Best

design by: Tengku Chan
KOTA BHARU - Tanggal 26 Januari 2011, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan secara ekslusif di rancangan Formasi perlantikan Datuk M. Karathu sebagai pengganti B. Sathianathan sebagai pengendali baru pasukan The Red Warriors. Selang beberapa hari selepas itu tanpa di duga sentuhan Datuk M.Karathu selepas meninggalkan Kelantan 18 tahun yang lalu, membawa trofi Piala Sumbangsih yang pertama ke Negeri Cik Siti Wan Kembang. Seumpama bermimpi kerana kejayaan manis menjulang Piala Sumbangsih apabila menewaskan Red Giants di Stadium Shah Alam.

Wednesday, October 12, 2011

Kijang Terluka Tapi Awas Amukannya

Aksi tegang di SSINS, Kuala Terengganu
KOTA BHARU - Pertembungan 'East Coast Derby' di antara Terengganu dan Kelantan sememangnya sejak dari dahulu lagi akan berlangsung dalam suasana yang tegang. Tambah pula pada tahun ini kedua-dua pasukan merupakan finalist Piala FA dan permusuhan berterusan dalam saingan Piala Malaysia di peringkat Suku Akhir. Namun perlawanan yang sepatutnya berlangsung atas dasar semangat kesukanan bertukar menjadi medan yang penuh emosi berikutan beberapa insiden yang tidak diingini berlaku. Sudah pastinya skuad Kijang yang lebih dikenali sebagai Red Warriors terpaksa menerima tamparan hebat berikutan beberapa pemain tonggak tidak dapat beraksi pada perlawanan kedua Suku Akhir Piala Malaysia di SSMIV, Kota Bharu jumaat ini.

Friday, October 7, 2011

TRWFM-STATION Cecah 10 ribu Pengunjung

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana TRWFM-STATION berjaya mencapai 10 ribu pelawat walaupun baru sebulan dilancarkan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pengunjung yang mengunjungi blog ini. Walaupun terdapat kekurangan namun penambahbaikan akan tetap dilaksanakan. TRWFM-STATION juga memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya siaran tergendala tatkala siaran berlangsung kerana buat masa ini kita masih lagi bergantung kepada 'provider' pihak ketiga untuk link siaran langsung.

Friday, September 30, 2011

Permata baru TRW

Mohammad Ab Aziz Ismail memukau peminat Wira Merah


Oleh: DjZuweaTRWFM
mugenzonan2011@gmail.com


Mohammad Ab Aziz Ismail (Foto:Shazli Photography)

KOTA BHARU: Jarang diturunkan ketika saingan Liga Super namun nama Mohammad Ab Aziz Ismail atau Ma Mat menggunakan peluang ketika Zairul Fitri dibelenggu kecederaan sebaik mungkin untuk meletakkan beliau antara bek kiri yang terbaik di Malaysia. Siapa sangka ketika saingan Piala Malaysia, Ma Mat memberikan satu persembahan yang tidak dapat disangkal lagi dan boleh dikatakan antara pemain yang konsisten sepanjang saingan Kumpulan C Piala Malaysia 2011.

Rata-rata peminat Wira merah memuji corak pertahanan Ma Mat ketika 'Man marking' dan kesungguhan untuk merampas bola di kaki pihak lawan cukup memukau dan larian pantas ketika membantu jentera serangan memberikan kelebihan tatkala Zairul Fitri masih dalam kecederaan. Wujud satu persaingan sihat antara kedua bek kiri dalam perebutan tempat untuk kesebelasan utama pasukan Wira Merah selepas ini.

Monday, September 19, 2011

Inspirasi Kapten


oleh: djzuwea
mugenzonan2011@gmail.com


Malam gemilang Piya (Foto oleh: Shazli  Shamsuddin Photography)
KOTA BHARU - 10 minit terakhir membuktikan Muhd Badri Radzi(Piya) sememangnya layak memegang lilitan 'Kapten' dan karekter beliau selaku watak utama dalam kemenangan bergaya pasukan The Red Warriors ke atas Sarawak wajar dipuji. 2 gol jaringan beliau dan 2 'assist' membuatkan penonton tidak kira sama ada yang berada di stadium dan yang menonton di kaca tv tergamam dengan persembahan Piya.

INSPIRASI KAPTEN PIYA

Wednesday, September 14, 2011

TRWFM - STATION


Alhamdulillah setelah percubaan siaran bermula pada 9 September 2011, blog http://trwfm-station.blogspot.com/ semakin mendapat sambutan yang hangat. TRWFM kini mencuba alternatif terbaru dalam dunia cyber menyajikan TV online untuk semua khususnya peminat sukan di mana kami akan cuba menyiarkan siaran secara langsung perlawanan bolasepak, ragbi, tenis dan lain-lain lagi.

Akan tetapi untuk memberi variasi dalam penyiaran online, TRWFM juga memilih beberapa siaran seperti RCTI (siaran TV Indonesia) yang menyiarkan drama-drama Indonesia yang hebat, rancangan kartun untuk semua usia dan siaran hiburan terdiri dari rancangan yang popular seperti F.R.I.E.N.D.S. , Mr. Bean dan filem-filem BOX OFFICE.

Permulaan yang memberangsangkan membuatkan barisan crew2 TRWFM amat teruja dalam bidang baru ini. Kami berjanji akan cuba memberi yang terbaik untuk anda semua.